Dahlan Zainuddin
Dahlan Zainuddin

Dahlan Zainuddin

Datuk Mohd Dahlan bin Zainuddin (2 Jun 1941–28 Mei 2019) merupakan seorang penyanyi Malaysia, terkenal dengan lagu "Kisah Seorang Biduan". Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.[1]Beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain. Selain itu, beliau sering dilihat sebagai seorang pengacara apabila menjadi hos bagi rancangan televisyen iaitu Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.[2] Di samping itu, beliau pernah menjadi kakitangan bagi akhbar New Straits Times.